1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



21 June 2012
That story is over. @8:03 pm | 0 individual(s)

Assalamualaikum (:

Entah laa, aku pun tak tahu nak cakap apa. Aku tahu ini semua takdir aku. Tak kan aku nak lawan semua takdir yang menduga ku? Yaa dulu aku memang pernah sayang kau, aku selalu ambil berat pasal kau, aku selalu cemburu setiap apa yang berkaitan dengan perempuan dekat dengan kau. Tapi aku nak kau tahu, itu cerita dulu. Cerita dua tahun lepas. Tak kan nak preview? Mustahil! Dan terlalu mustahil bila itu terjadi. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hamba mu yang lemah ini.
Capital J, aku nak kau tahu. Terus terang, aku sangat sakit bila putus hubungan dengan kau. Seminggu lebih aku tak pergi sekolah sebab hubungan kita. Dalam kelas aku selalu nangis. Kau tahu kan yang kawan-kawan aku tahu semua about you termasuk my family and my teacher. Sampai kan result aku down disebabkan hubungan kita renggang masa tu. Kau tahu itu? Eyaa, memang kau tak pernah nak ambil tahu pun dengan semua ni kan? Sebab kau terlalu sibuk dengan semua kerja kau. Kau lebih pentingkan kerjaya, kawan daripada hubungan kita dulu. Kan? Ada masa tu, kau pernah tak jujur dengan aku, kau tipu aku. Ingat lagi tak?

Kalau nak ingat semua tu lagi, serius sangat sangat sakit. Kau tau tak! Eyaa, dulu aku memang tak cantik mana pun, tak sempurna dan ada ketika kau meluat bila hari-hari aku tanya kabar tentang kau. Kan? Hal tu memang selalu aku perasan. Even lepas aku kata aku nak break dengan kau aku rasa kau memang tak kesah pun dengan semua tu. Aku pikir mungkin kau memang tak serius dengan perhubungan kita dulu. Eya tak? Tengok dari sikap engkau pun boleh di tahu. Kadang aku rasa aku macam orang “syok sendiri” bila couple dengan kau. Sumpah aku rasa diri aku macam orang bodoh. Macam orang yang kalut bercinta, walhal aku rasa macam aku belum matang dalam bab bercinta.

Dan akhirnya kita putus di tengah jalan. 12/09/2010 merupakan tarikh keramat yang sekali lagi aku dapat. Aku nak tanya kau, ada kau tahu tarikh tu? Tarikh kita “bercouple”, tarikh “birthday aku”, dan tarikh kita “break”. Ada? Ok takpayah cakap, aku da tahu semua jawabnya. Semestinya kau lupa dengan semua tu. Sebab apa? Sebab kau hanya hidup dengan dunia mu dan niat kau untuk bercouple memang sikit pun tiada. Setengah orang berpendapat aku hanya lah barang permainan mu. Capital J, macam tu ka kau nak jaga aku? Macam tu ka aku nak didik aku? Macam tu kau nak tunjuk rasa setia kau kepada ku? Macam tu kau nak tunjuk rasa cinta sayang kau dengan aku? Seriuss, masa kita couple dulu semua tu langsung takda aku dapat dari kau. Apa ni semua salah aku? Adakah punca kita putus semua salah aku? Aku Cuma nak kau hargai apa yang aku buat untuk kau. Aku pun ada perasaan, sangat sakit bila dipermainkan macam ni. Kau tahu tak!
That story is over! Sorry, aku takda niat pun. I know some other things also my fault. sO Please dont ever hate me, pleaseeee. Because, you're my friend forever.
2012, sedar tak sebelum ni aku menghilang? Aku nak ubat rasa sakit yang pernah kau lukakan dalam hati aku. Tapi apa kan daya selepas STPM ku berakhir, aku berhajad nak kerja. Dan akhirnya aku kerja di sana balik. Kan? Kau nak tahu aku kerja kat sana bukan ada niat apa pun. Aku kerja sebab aku bosan duduk rumah takda benda nak buat. 1stly, serius aku tak nak masuk kerja kat servay lagi. Masa petang tu aku dapat panggilan kat KFC then selang beberapa jam aku dapat panggilan kat servay. Kau nak tahu, sangat payah nak ambil keputusan itu tahu tak. Oleh sebab kak kurniaty push and push, akhir nya aku kalah dengan dia dan mengambil keputusan untuk kerja kat sana. Masuk-masuk jak kerja hari pertama, ulang hari pertama ada staff warning aku. “Jangan pernah ganggu kau”! Haaa, excuse me aku kerja bukan untuk kau bukan nak teregeh-egeh dengan jantan. Aku kerja untuk hidup aku, untuk suka-suka aku. 

Serius, kerja kat sana memang aku tak tahan gilaa dengan semua gosip-gosip yang mengatakan aku masih sayang dengan kau. Ya Allah, aku atau kau yang still sayang dengan aku? Please tell me? Aku ka atau kau yang masih menyimpan semua harapan tu? Yaa, memang ramai yang cakap kau handsome, kau baik, kau cool, kau sopan apa yang ok semua ada pada kau. Tu sebab ramai yang minat dengan kau kan? Tapi bagi aku kau hanya orang biasa, orang yang pernah mencintai dan sekaligus melukai hati aku. Kalau dulu dua tahun yang lepas, yaa kau memang My hero/my dear. Sekarang tidak lagi, dan aku menganggap kau hanya kawan terbaik aku. Aku nak benci kau, tapi tak guna jugak kan? Sebab aku tahu semua orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup dan perlu menyesalinya.

Dan kemarin malam kau da terbaca semua ceritera aku dalam blog ni. Sebilanganya mengenai kau bukan? Aku minta maaf kalau-kalau kau terasa sakit bila membaca entri dalam blog aku mengenai kau. Tapi itu laa hakikat nya, itu la realiti yang perlu kau terima. Tentang kejadian lepas, bukan seratus peratus aku salahkan kau. Sebab aku tahu manusia bukannya sempurna dalam segala hal. Dan malam tu jugak aku ada call kau kan? Niat aku untuk call kau pada malam tu hanya ingin meminta maaf atas apa yang aku tulis semua mengenai kau dalam blog aku. Dalam sibuk kita bercerita tetiba aku tanya kau sesuatu kan? Aku tanya sama ada kau masih sayang aku tau pun tidak? Aku nak kau jawab dengan sejujurnya. Dan kau menjawab “Masih”. Sumpah, aku terdiam bila kau menjawab soalan yang aku tanya kan tu. Fikiran ku bercelaru, seriusss.
Capital J, sekarang aku da ada Muhamad Fuad dialah orang yang selalu sayang dekat aku, selalu ambil berat tentang aku, dan selalu ada setiap aku sedih, suka atau berduga. Dia juga mungkin my future husband. Tapi aku tak berharap sangat, tapi yang pasti aku sangat sayang dengan dia. Dia la putera aku. Dia lah pemimpin ku. Aku bahagia bersamanya, walaupun kami berjauhan entah laa tapi hati kami sentiasa dekat. Dan aku selalu berharap saat-saat bahagia itu akan tiba. Capital J, aku berharap semoga ada wanita yang dapat menggantikan tempat aku yang masih kau simpan dalam hati mu. Betul tak? Aku sentiasa akan doakan kesejahteraan hidup mu. Akhir sekali, aku harap kau paham dengan semua keadaan ini. Aku minta “jangan pernah benci aku”. Sebab aku akan selalu anggap kau sebagai sahabat terbaik ku. Dan biarlah ceritera silam  kita yang dulu hanya kau dan aku yang tahu.
You are my best friends.
IrnaSayangFuad