1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



24 September 2012
Accident. @7:05 pm | 13 individual(s)

Mimpi apa aku semalam ya? Kenapa boleh jadi macam ni? Dugaan apa lagi aku dan keluarga aku perlu lalui? Rasanya macam penat dah aku melaluinya. Macam-macam da aku tempuhi. Ini kah yang dinamakan lumrah hidup seorang manusia? Tapi kenapa aku rasa terlalu perit? Masalah selalu datang bertubi-tubi kepadaku dan keluarga ku. Apakah aku kena lalui nya dengan sabar dan selalu redha? Tengok entri aku, dalam dua tiga minggu ni bunyi semua down down jak kan.
   
Hari ni, tepat jam 1:37pm (tengahari) bersamaan 22 september 2012 aku, abangku, kakak iparku dan buah hati keluarga kami iaitu anak buah ku terjerumus dalam satu kemalangan. Selepas dari makan tengahari di Mac Donald kami berempat on the way nak pergi ke tempat kerja abang ku (Argo Bank). Sebab ada sesuatu dokumen abang aku mahu ambil then uruskan. Tetapi..

50 meter lagi dari tempat kerja abang ku. Depan traffic light, semasa menunggu lampu hijau dua minit kemudian tiba-tiba dari belakang kami dihempap sebuah motorsikal. Cermin belakang kereta kami habis pecah dan bertaburan sampai ke depan. Anak buah aku kasih terhumban ke belakang, kepala aku terhantuk kat cermin, belakang aku terasa sakit akibat cermin belakang kereta semua terkena kepadaku. Tangan aku pula sedikit luka terkena serpihan kaca dan abang kakak ipar aku terkejut lalu berkata “astagafirullahalazim, ada orang kat belakang tu”.

Kami berasa amat panik. Kasih menangis kerana terlalu terkejut. Abangku keluar kereta dan melihat ternyata memang betul ada seorang penunggang motorsikal kat belakang. Seorang pakcik berumur lingkungan 55-an. Abang aku meminta bantuan orang yang lalu-lalang kat sini sebab terlalu panik melihat pakcik tu dengan keadaan darah yang banyak mengalir di kepala nya. Kemudian tak sampai 5minit, satu kemalangan lagi telah berlaku di belakang kereta kami. Kemalangan yang sama seperti kami seorang penunggang motorsikal remaja tetapi bersama sebuah kenderaan teksi.

Cerita punya cerita setelah selesai semua, pakcik dan remaja terbabit dikejarkan ke hospital yang sama. Setelah kami berurusan dibalai kami terus melihat pakcik tadi di hospital. Pakcik tu mengalami kederaan dan patah tulang paha kiri. Dan dokter mengatakan perlu di rawat selama enam minggu. Pakcik tu seorang bekas askar tetapi sudah pencen. Pakcik tu sedar dan juga telah mengaku bahawa dia yang salah. Dan pakcik tu berkata lagi, dia terlalu ingin cepat, dia ingin mengejar lampu hijau sampai kan tak sedar kereta di hadapan nya sudah pun berhenti. Abang aku kata dengan pakcik tu, ganti rugi kerosakkan takpayah laa bayar. Sebab kami berasa amat kesian tengok keadaan pakcik tu. Abang aku hanya membuat “claim insurans” kereta kepada “jerneh”. Bagi kami apa yang penting ialah nyawa seseorang. Duit harta, boleh dicari tetapi nyawa? Hanya hidup sekali.
Alhamdulillah, kami berempat selamat. Hanya lengan ku sedikit luka akibat terkena serpihan kaca. Terima kasih Allah, kerana engkau memberikan lagi kami kesempatan untuk terus hidup mengejar amal dan makruf.