1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



04 September 2012
Dugaan @2:41 pm | 10 individual(s)

Assalamualaikum :)


Kadang-kadang aku tak paham apa yang berlaku pada diri aku ni. Aku terlalu banyak berfikir, menangis bila aku teringat kawan-kawan lama dan masa depan aku. Aku tak salah kan DIA. Aku tahu ini takdir hidup aku dan aku kena terima laluinya dengan seikhlasnya. Aku sedar diriku hanya lah manusia biasa yang tak akan pernah terlepas dengan perbuatan dosa, lalai, dugaan, pahit/mains hidup. Mungkin salah aku jugak. Terlalu banggakan, terlalu ingin menikmamti nikmat hidup sampaikan terlupa yang DIA selalu ada dan terkadang lupa perintah yang dia suruh kita tunaikan.

03 september 2012 seawal jam 05.47 pagi aku telah dikejarkan ke hospital. Aku mengalami sesak pernafasan. Bahagian dada aku terasa sakit sangat menyebabkan badan aku terasa lemah dan sangat pucat. Ketika terasa sakit, hanya satu hal yang aku ingat. Aku berkata pada hati lalu mengalirkan airmata yang aku perlu kuat dan harus selalu kuat. Setiba di hospital, alhamdullilah dokter mengatakan aku hanya lah mengalami keletihan pada tubuh badan dan terlalu banyak berfikir. Tepat jam 7.15 malam aku keluar dari hospital lalu dokter mengatakan kepada ku dan ahli keluarga ku untuk banyakkan berehat yang secukupnya. Syukur, semakin hari badan aku semakin tak terasa lemah dan tak pucat seperti sebelumnya.

***
Setiba dirumah kembali aku berfikir dan berkata dalam hati, aku nak kawan-kawan tahu yang aku bukannya gadis/sahabat yang lemah yang tahu nak menangis depan orang depan rakan-rakan dan perlukan perhatian yang lebih daripada keluarga mereka sendiri. Kadang tu, kawan-kawan selalu cakap yang aku ni bila ceria ka gembira ka tengah sakit walhal biarpun sakit tu agak teruk aku tetap akan tersenyum dan sentiasa kelihatan macam orang tak sakit. Yaa, memang betul pun. Aku banyak diam dan menangis tanpa siapa pun tahu termasuk keluarga aku sendiri. Bila aku tengah sedih/sakit aku tak pernah nak mengadu dekat siapa-siapa tapi hanya mampu tersenyum. Ini lah aku, inilah cara sikap aku. Aku sangat sayang dengan mereka dan aku cuma tak nak menyusahkan orang-orang yang aku sayang termasuk awak**. 
Apa yang paling penting. Aku akan terus selalu kuat tabah sabar lalui setiap saat dalam hidup aku. Aku tahu DIA selalu ada bersamaku. Dan aku harus selalu menjadi gadis yang tak lemah yang tak mudah mengalah dengan segala sesuatu hal. Ya Allah, kepadaMU aku terima kasih.
 SAYA SAYANG AWAK >> Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima.