1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



30 September 2012
Kesedihan mereka @3:21 am | 11 individual(s)

// Terlintas di fikiran ku untuk menulis entri ini //
   
Kenapa bila aku tengok pengemis dekat tepi-tepi jalan aku rasa sedih sangat? Kanak-kanak bawah umur, remaja, dan terumata sekali makcik/pakcik tua yang usia sudah mencecah 60-70an. Ya Allah, sampai mengalir airmata aku bila melihat mengingat mereka yang duduk di tepi-tepi jalan, duduk di tepi-tepi gerai melihat orang tengah makan, terpingga-pingga meminta sedekah, tidur di lorong-lorong yang kotor. Ya Tuhan, apa yang perlu aku lakukan?

Aku bukan nak tunjuk simpati, nak tunjuk baik. Tapi serius, bila kejadian-kejadian macam ni aku rasa sangat down. Aku tak boleh tengok kanak-kanak tu apalagi orang tua yang kurang upaya terbiar di tengah jalan. Seriously, airmata aku mula mengalirkan bila teringat semula orang-orang tu. Kadang aku terfikir jugak. Mana perginya ibubapa mereka? Sampai hati ibubapa mereka biarkan anak-anak mereka jadi macam tu. Mengemis di tengah jalan dan tidur di lorong-lorong kotor. Apa mereka tak sayangkan anak-anak mereka? Atau kanak-kanak tu mangsa penculikan dan di suruh mengemis? Kenapa, kenapa masih ada lagi orang-orang yang tidak berpri-kemanusiaan sanggup mendera kanak-kanak sekecil tu untuk kepentingan diorang?

Satu lagi bila melihat orang tua meminta sedekah di tepi-tepi jalan, masuk di restoran-restoran, aku rasa sangat down. Airmata aku mengalir lagi dan aku tak mampu nak tahan airmata tu. Aku sedih sebab mereka sudah lah tua, tidak sihat/lemah dan ada sesetengah tu kurang upaya. Di kepala otak aku, terus berfikir dan terus berfikir. Mana perginya anak-anak mereka? Kenapa mereka sanggup biarkan orang tua ibubapa mereka pergi mengemis? Kenapa? Dalam keadaan yang kurang sihat, umur yang meningkat dan kurang upaya lagi. Kenapa mereka sanggup buat ibubapa mereka jadi macam tu? Kenapa mereka sanggup abaikan ibubapa mereka? Kenapa mereka tak menjaganya?

Ya Allah kenapa ada manusia yang sanggup buang/abaikan ibubapa sendiri? Bukan kah mereka itu syurga kami? Setelah penat lelah ibubapa membesarkan si anak, tetapi si anak balas dengan semua tu? Mana perginya kasih sayang yang ibubapa kita telah beri? Kenapa si anak sanggup membalas dengan cara sekejam itu? Kenapa?

***
Masuk hari ni sudah banyak kali aku melihat kanak-kanak dan pengemis tua. Setiap kali aku melihat pengemis tua aku akan sedekah kat diorang. Aku tak sanggup tengok diorang dalam keadaan macam tu. Walaupun duit kat dalam wallet aku tak banyak mana aku tetap akan beri kat pengemis tua tu. Bagi aku duit tu tak kemana tak bawa kita ke kubur pun. Lagipun duit kat simpanan aku still ada. Tak salah kan nak bagi kat diorang? Kadang tu bila tengok kanak-kanak kecil di tepi-tepi jalan, aku bagi belikan diorang makanan takat mana yang aku mampu. Aku nak korang tahu aku tulis entri ni bukan nak kempen, nak tunjuk baik or menunjuk-nunjuk ke apa. Aku Cuma simpati dengan diorang. Aku tak mampu nak tahan airmata ni lagi bila ingat semula keadaan mereka. Tu sebab aku nak share dengan korang semua dengan apa semua yang pernah aku lalui. Aku tahu aku bukan wanita yang sempurna, aku sedar aurat aku terlihat sini sana, bukan wanita yang baik pun. Tapi satu yang penting dalam hidup aku, aku tak pernah nak ganggu hidup orang dan “Aku tetap aku”. Aku tahu aku sedar setiap apa yang aku lakukan. Yang baik itu semua datang dariNYA dan yang lemah itu datangnya dari diri aku sendiri.
Ya Allah, aku berjanji padaMU yang suatu hari nanti bila aku sudah berjaya susah/senang aku tak kan pernah abaikan ibubapa ku. Aku berjanji akan menjaga mereka seperti mana mereka menjaga ku semasa bayi, kecil sehingga lah ke hari ni. Itu janji aku, INSYAALLAH..
IMSYM youu,