1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



16 September 2012
My destiny @11:44 pm | 3 individual(s)

Assalamualaikum :’) 
Bila difikir-fikir balik aku nak sangat masa tu berputar kembali. Kalau lah boleh mesti sangat best kan? But I know all of that was just a dreams. Sekarang aku banyak termenung dengan nasib aku. Termenung jauh nun berbatu-batu jauhnya. Kawan-kawan aku semua sibuk mengejar impian cita-cita mereka masing-masing. Dan tinggal lah aku sendiri di sini yang masih tak tahu nak pilih jalan yang mana. Jalan yang sesuai untuk diri insan yang lemah ini. Maylinda, Fadzlyana, Miza, Jamri, Edil dan azdmi kini hampir mencapai impian mereka. Best sangat bila tengok mereka kat sana, menjalani kehidupan sebagai seorang siswa/siswazah. Dan fazrina pula, if dia terima tawaran tu mungkin 20hb ni akan bertolak ke sana bersama-sama mereka. Shely pula maybe akan bertolak ke UPM pada hujung bulan september ni.

Aku tahu mungkin bukan rezeki aku untuk menyambungkan pelajaran. Dan aku tahu DIA telah merancang yang terbaik untuk aku. Aku kena bersabar, kena lalui setiap dugaan tu dengan tabah. Yeah, kadang-kadang aku berasa cemburu dengan kawan-kawan aku. Keputusan mereka lebih teruk berbanding dengan aku, tetapi mereka pula yang dapat bergelar siswa/siswazah. Tapi aku tak salahkan mereka, aku sedar hal itu lah yang dinamakan REZEKI SETIAP MANUSIA. DIA da tetapkan rezeki kita masing-masing.

Apapun aku kena kuat, sabar, redha dan terus berusaha. Aku tahu mungkin disebalik semua kejadian ni DIA akan hadiahkan kita yang terbaik dan lebih terbaik. Aku percaya setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahNYA.
***
And for you, aku tahu kalau kau online kau mesti buka blog aku kan? Kau nak tahu perkembangan tentang diri aku. Betul tak? Kau takpayah risau tentang aku sebab insyaallah aku disini sentiasa dalam keadaan baik-baik saja. DIA kan selalu bersamaku, percaya lah DIA sentiasa menjaga ku untuk mu. Apa yang paling penting dekat sana kau kena jaga diri kau baik-baik, kena jaga kesihatan tu, makan-minum kena teratur dan paling penting jangan tinggal solat okay? Satu lagi, carilah sahabat yang baik yang boleh jaga kau dalam keadaan sakit ataupun di kala kau gembira. Aku nak sangat tengok kau berjaya dan mengejar impian cita-cita kau. Kau janji dengan aku ya, jangan pernah mengalah, jangan pernah down untuk perkara yang baik untuk diri kau. Selalu berusaha ok! Is not like me and don't be like me. And aku nak ingatkan ni, kau kena tunaikan impian MAK kau. Janji apa? Pikir apa yang pernah kau post kat timeline mu. Janji ya? 
errrr..bila laaa aku nak ada awek nie haaa ?? dok tengok oqang laen jln-jln dgn awek depa...serius jelly T__T
Statusmu kat atas tu aku TER-nampak di timeline kawan aku dan TER-copy/paste kat sini. Alalala, takpayah jeles lah. Insyaallah akan ada jugak tu. Yang pasti kita belajar dulu baik-baik, dapat kerja elok baru best bercinta. Tak gitu? Then bila dah berpunya jangan lupa bagi kenal dekat aku tau. Satu hal yang perlu kau tahu aku selalu doakan kesejahteraan untuk kau. Semoga kau selalu dalam keadaan baik, sihat, gembira dan suatu hari nanti dapat wanita baik solehah yang boleh damping kau dan keluarga kau kala senang/susah. Once again don't should choose a person like me. By the way, good luck and all the best for you :’)