1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



26 October 2012
Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H @12:03 am | 23 individual(s)

Assalamualaikum ;')

Hewhew, eh eh esok raya bah kan kan? Hari raya Korban laa. Hee, makan daging lagi. Daging kambing, lembu ke sapi dan dan tidak ketinggalan yang namanya “ayam” hehe. Tapi sebelum tu, mari kita memperingati semula maksud “AidilAdha”. Setahu aku laa, yang pernah aku pelajari tentang kisah-kisah tauladan Nabi-Nabi S.A.W ni,
“Aidiladha” adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dgn memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dpt melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

"Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111"
Dan dan yang aku pulak, serius penat laa wei sobs sobs*. Nak tau dalam minggu ni aku sibuk kemas rumah. Buat biskut raya sendiri-sendiri pulak tu. Takda yang bantu, kakak/abang aku semua sibuk. Huhu, penat sungguh aku penat. Biskut raya, ada laa  enam jenis yang aku try buat. Hehe tu eh gambar dekat atas tu. Buatan air tangan sendiri tau, tapi "advanture" jugak biskut yang aku buat ni. Payah! Btw, Alhamdulillah semua dah siap dan dan SEDAP! Horey, cepat tepuk tangan -,- ahaha. Apapun, aku buat biskut raya tu sebab nak belajar dan esok lusa nak belajar buat "cake" pulak. Manalaa tahu "suatu hari nanti" abang aku belanja buka "kedai cake ke" (jauh angan-angan aku -,-) kan? Haha, "mana laa tauuu" heeeee :'D
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua warga blogger, facebook, twitter, tumblr, friensters dan website sosial yang lain lain lagi laa. Selamat Hari Raya Korban, OK? "Semoga Aidiladha kali ni memberi erti dan makna sekaligus menyatukan hati semua Ummah" :')
 Mood : Tetiba rindu si Teddy Domo -,-