1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



13 October 2012
Wish me Goodluck. @3:15 am | 1 individual(s)


Salah ka apa yang aku buat? “Setiap perbuatan menguji kita untuk bersabar”. Ada kalanya perbuatan baik dan ada kalanya buruk. Dia Maha mengetahui setiap apa niat baik/buruk yang kita lalukan pada sesorang. Sesuatu yang buruk tidak bereti salah dan sesuatu yang baik itu tidak bereti sempurna. Yang pasti "Setiap apa ucapan yang terlintas dari mulut atau hati kita merupakan satu doa untuk dia" :’)

Btw, aku bukan nak cerita pasal tu. Esok merupakan hari aku di temuduga. Ceh skema pulak ayat aku eh. Haha, Temuduga untuk? Untuk sains perubatan jak. Actually, aku tak minta job tu. Tapi mungkin ni rezeki aku, jadi aku nak cuba lah. Kemarin petang orang tu call aku. Aku jawab, dan bincang punya bincang mungkin aku akan pergi “interview” tu. Then selang beberapa jam tiba-tiba beberapa kawan aku call yang diorang pun dapat job tu. Atie, Shely, Arniliah, Noralinah dan Halimah. Means “interview”. Di sebabkan ada kawan so keyakinan aku bertambah laa untuk pergi temuduga yang tu hehe.

Sebenarnya mungkin aku akan pergi 3kali untuk di temuduga. 1st, untuk job di atas. 2nd yang merupakan akhir bulan ni aku akan di temuduga for SPA8. “Jururawat” hehe. Seriously, aku main hentam jak masa isi job tu. Main isi ala kadar jak. Entah la, aku rasa macam tak berapa yakin masa isi permohonan tu. Beberapa bulan kemudian, aku dapat panggilan dari diorang dan mengatakan “TAHNIAH! Sukacitanya, permohonan anda Berjaya..~”. Hihi, terkejut bagai aku, sebab tak sanggka pulak dapat job tu. Tapi, belum bangga banyak la sebab ni baru nak pi “interview”. Dan aku tahu bukan mudah nak lulus untuk temuduga tu. Sebab 2010 tahun lalu da dapat, dan akhirnya hampeh temuduga aku gagal -,-. Btw, for second interview tak salah kan kita try semula. Sebab rezeki itu ada di mana-mana. Betul tak?

And the last interview yang aku dapat ialah dari “Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran”. Alhamdulillah, aku tak sangka betul yang permohonan aku di terima kemudian tunggu untuk sesi temuduga nanti. Mungkin dalam akhir bulan November kot. Macam tu la. Harap di antara satu temuduga dekat atas ada yang mengena kan? Doakan untuk aku ya kawan-kawan. Apa pun rezeki tu sentiasa datang dengan kita kan, cuma kita perlu berusaha untuk menggapainya. Tak gitu?

****
Setelah melihat status terbaru mu dan komen-komen dalam timeline mu, serius aku hanya mampu tersenyum lebar. Dan aku tahu memang itu pun yang patut aku buat “tersenyum”. Aku sanggup abaikan job kesayangan aku untuk tidak menjadi seorang “stewardess”. Mungkin sebab kau. Seminggu lalu job tu ada call aku, diorang suruh hadir untuk sesi perbincangan tentang job tu. Sebab dulu aku kan pernah saja-saja untuk pi kursus untuk job tu. Dengan gagahnya (ceh gagah konon) aku tolak! Sebab aku selalu ingat pesan mu yang job tu tak baik/tak elok/sosial/keselamatan terancam and so on. Nasihat kau sumpah aku tak pernah pun lupa. Satu lagi kau pun tahu kan if apa-apa yang terbaru tentang aku mesti aku akan cerita kat sini dalam blog ni sebab blog ni dunia aku hidup aku. Untuk job yang kau tak suka tu aku tak pernah kan cerita kat dalam ni? Ada? Tak da kan, itu bermakna ia bukan life aku. Walaupun sebenarnya itu lah “my ambition dari kecil sehingga lah sekarang”. Tapi sebab kau, aku cuba untuk lupakan job tu walaupun terlalu lah berat hati untuk di tinggalkan *ceh hehe (lawak sat).

   

And this messege "memang mulai sekarang nie..hang orang yg paling aku benci laa". Apapun, aku nak ucap terima kasih for your best text messege/caci maki hamun di dalam timeline mu. Serius tak sangka kau marah sampai macam tu. Ternyata "terhina dan rendahnya harga diri aku di matamu" kan? Yeah, aku sedar yang aku ni "berperangai setan, aku memang tak pakai otak, aku memang bukan manusia yang ada perasaan dan aku memang perempuan bodoh". Memang semuanya SALAH AKU! Disebabkan hal kecik hal yang kau cakap bodoh tak pakai otak tu kau marah besar maki hamun aku. Sumpah aku terkejut dan 1st time seumur hidup aku. Btw, kau jangan risau aku janji yang takkan cerita apa-apa keburukan kau dengan orang sebab kau kan orang yang aku tersangat laa sayang and still always have in my heart. Akhir sekali, perkataan "Maaf" ni aku tujukan dengan kau. I know that I'm wrong! Thanks so much because for the insults message and thanksyou make me big smile for tonight "di malam untuk saya pi temuduga hari esok" :)
Wish me Goodluck for My Interview, thanksyou :)
Tawau tiap malam hujan sampai aku pun turut hujan sama. 
Haih, sakit sakit tekak aku sakit suara hilang lagi -,-