1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



11 January 2013
Alhamdulillah.. Thank you so much Ya Allah :) @2:58 pm | 4 individual(s)

Assalamualaikum :')
Syukur ke hadrat illahi, kerana aku masih mampu bernafas di bumi yang fana ini. Ceh feeling pulak eh, taching konon bah** K/ finee masuk ni dah yang ke 11hari 8jam 47minit aku tak update blog aku ni. Kesian kat blog buchuk ni. Alololo, jangan lah merajuk okkay? *aku memang sot sot, sebab cakap sendiri :p** Sukahati aku laa. Ulang, sukahati! OK, terus kepada cerita sebenar aku ya. Follow the step. Haha eh tak laa baca ayat seterusnya ya? Sayang korang, meh sini nak bagi muahahaha sikit :'*
Tanpa mereka iaitu kedua Ibubapa yang aku sangat sangat cintai, seluruh keluarga yang aku sayangi, kawan-kawan terbaik dan especially Guru-guru tercinta dari zaman aku tadika sehingga lah sekarang. Tanpa mereka semua sudah pasti aku tak mampu nak sampai ke tahap ini. Ilovesomuch them 
Dua ribu tiga belas, kini bermula laa dengan tahun yang penuh kejayaan dan warna-warni dalam hidup aku. Nak tahu kenapa? Terlebih dahulu, aku nak kata Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T, kerana salah satu apa yang aku impikan akhirnya menjadi nyata. Memang sebelum ni aku ada jugak dapat tawaran banyak dan salah satunya (temuduga) dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) dalam bilang kejururawatan tapi temuduga tu aku tak berjaya *Kesian kan kesian kan :/. Dan baru-baru ni aku menghadiri temuduga untuk Ijazah Sarjana muda Seni Lukis Dan Seni Reka Dengan Kepujian (Seni Reka Logam Halus) Di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Serius, aku tak berapa yakin boleh dapat masuk Uitm. Sebab asal jak temuduga mesti tak lulus huh?! Tengok macam SPA8 tu. Dah 2kali pergi tak pandai nak dapat-dapat -,-. But aku think positive rezeki manusia tu DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita, cuma cepat atau lambat jak. Kan kan? Hihihi Then Penemuduga tu cakap semakan boleh dibuat pada 20 Januari 2013 ni di Laman Rasmi UiTM. Lalu  kawan aku cakap 10 januari semakan ke Universiti Malaysia Sarawak boleh pun di semak. Sumpah aku sangat takut, takut tak dapat! Tapi aku tetap memberanikan diri dan kuat untuk menyemaknya jugak. Dan Alhamdulillah kesedihan ku bertukar menjadi ceria (syurkur ke hadrat illahi) kerana mendapat berita yang sangat gembira ini..
  Tahniah! Anda berjaya Ke Universiti Malaysia Sarawak.
Aku bersyukur kerana segala usaha, doa dan tawakal akhirnya aku temui juga kemanisannya. Allah itu maha adil kan? Mulanya aku memang takut nak check jawapan Unimas ni. Alhamdulillah masa buka lawan web semakan ke laman Unimas, dengan segala kekuatan semangat akhirnya, kesedihanku diganti dengan kegembiraan yang tidak terkata. Kerana aku telah mendapat tawaran sambung belajar di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK dalam kos IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (Teknologi Seni Reka).

My parents and my beloved family gembira tentang berita baik ni. Dulu aku simpan impian nak sambung belajar about "Seni Visual/Seni Lukis sejak zaman sekolah rendah lagi. Masa naik form 4 aku sangkut dengan subjek (Perakaunan) lalu naik ke zaman Pra-U form six aku menyambung hasrat ku untuk belajar semula dalam bidang lukisan. Namun segala usaha dan doaku, kini kejayaan berpihak pada aku. Aku yakin semua orang boleh berubah. Belum tentu masa silamnya kelam, masa depannya kelam juga kan? Aku harap moga tahun ni, akan membawa berjuta kejayaan dalam hidup aku dan semoga semua urusan ku dipermudahkan OlehNYA. In shaa Allah aku akan gunakan peluang belajar di tempat orang dengan sebaik-baik nya mungkin..
Sekarang, minggu sibuk untuk aku. Hihi sebab, nak urus segala macam sesuatu. Nak lengkapkan dokumen-dokumen, nak urus passport pelajar, tiket flight dah beli tapi banyak benda lagi nak di siapkan. Aku harap agar semua urusan ku dipermudahkan olehnNya. Doakan untuk aku ya? Terima kasih :)
Hari sibuk sedunia bagi aku untuk satu bulan ni -,-