1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



20 February 2013
New life new destinations. @9:02 am | 0 individual(s)

Assalamualaikum..

Dear Februari, 
UnimasKu Gemilang.. Yeah, 16 Februari 2013 aku sah menjadi pelajar UNIMAS. Seramai 150orang pelajar baru telah hadir untuk mengikuti Aku Janji Lafaz Ikrar. Kami terdiri dari pelbagai negeri, bangsa dan kaum. Ada yang berasal dari pantai timur dan lain-lain.

Serius setiba jak di Sarawak, perasan sedih memang ada. Sedih, rindu keluarga di Tawau Sabah. Yes, dulu memang selalu jugak merantau kat tempat orang. Tapi tak laa sampai selama ini. Biasa merantau kat tempat orang dalam seminggu dua  jak. Sampai kat Unimas, terus daftar kolej kediaman. Then, Alhamdulillah terus dapat ramai kawan. And my roomates aku Alhamdulillah baik-baik belaka 1orang asal dari sarawak dan seorang lagi dari johor. Then abis jak MAP, daftar kos jumpa classmates plak iaitu Aida, Nadrah & Chika.  Housemates pun ramai jugak. Tapi belum seberapa kenal lagi. Mereka sangat baik. Nadrah dan chika kakak dari kita orang. Just beza setahun laa. Nadrah berasal dari Terengganu dan chika asal Selangor. Hihihi, Aida pulak Asal Negeri Sembilan tapi MakAyah dia orang Johor. Aida ni seorang Manja tau. Heee, nasib baik comel kalau tak, nak dush!! dush!! bagi kat dia. Hahaha Aida jangan marah ek. Aida kan comel hihi :P

  
Setiap sudut ada kami. Hihihihi
Sekarang baru aku rasai bagaimana hidup seorang pelajar yang merantau di negeri orang. Sumpah, sangat sedih. Tapi aku akan try abaikan kesedihan yang mendalam itu demi parents, demi pelajaran aku, demi masa depan aku dan demi keluarga tercinta yang berada nun jauh kat negeri BORNEO. Hidup jauh dari keluarga banyak yang aku pelajari seperti hidup berdikari, bagaimana susahnya untuk mencari duit, bagaimana susahnya mencari makanan. Pakaian dan banyak lagi laa.

Sebelum pergi kat sini, parents and family aku banyak berpesan. Bila berada di tempat orang, jaga diri, jaga adab, jaga bergaulan, jaga solat, jangan suka enjoy, jangan suka membazir, menuntut ilmu yang baik dunia dan akhirat, jangan simpan rasa hasad dengki dekat orang means kawan dan sentiasa berbuat baik dekat orang. Mak kata lagi, biar orang mengata kita asal jangan kita yang mengata orang. Biar laa apa orang nak mengata kita. Kita just senyum dan perlu buat baik kat orang. Sebab kita tak tahu hati orang macam mana. Bukan semua orang akan suka dengan tingkahlaku dan cara kita. Tu sebab kita perlu baik dekat semua orang. Mak kata lagi, ingat. Kita bukan orang senang, tapi Alhamdulillah syukur setakat ni kita masih mampu hidup dengan keadaan sederhana. Makan minum pakaian masih mampu kita beli. Dan akhir sekali parents aku berpesan menuntut ilmu biarlah diredhai OlehNya di dunia dan di akhirat kelak. 
Seorang sahabat yang baik tidak akan mencelakai tetapi akan menasihati, melindungi, tulus mengasihi serta mengisi kekuranganmu dan bukan kedengkian. Dan dalam kemanisan persahabatan, biarkanlah ada tawa keriangan, berbagi duka dan kesenangan. Sebab dalam rintik lembut embun, hati manusia menghirup fajar yang terbangun, dan mendapatkan kesegaran gairah kehidupan sebenar persahabatan.
My new life, my new destinations