1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



04 May 2013
Thank you :') @10:18 pm | 2 individual(s)

Dear Capital,

Why you so caring about me? Everyday you concern about me? Why? Seriously, rasa macam serba salah. Rasa macam saya tak layak terima semua tu. Saya minta maaf okay. Awak pun tahu kan, saya masih takut nak bercinta. Tapi, dengan kedaan yang sekarang saya sangat senang berkawan dengan awak. Bila saya sedih, awak terus buat saya tersenyum. Bila saya nangis, awak cuba untuk buat saya gembira dengan cara awak akan buat suara yang comel-comel di Wechat. Bila saya sakit, awak rela temankan saya pergi ke pusat kesihatan. Bila saya lapar, tanpa keluhan awak pergi keluar belikan saya makanan. Bila masa waktu solat, awak akan sentiasa ingatkan saya. Dan bila saya ada kelas malam, awak sanggup teman dan tunggu sampai saya habis kelas. Paling saya terharu, masa hujan lebat hari tu. Awak berhujan-hujan tunggu saya habis latihan bola jaring. Awak bawakan saya sebuah payung, then awak cakap awak tak nak lihat muka saya pucat dan sakit. Awak kata lagi, awak nak tengok saya selalu kelihatan ceria. Ngee, eh time tu saya malu dengan kawan-kawan yang lain laa -,- . Awak, serius saya tak tahu nak cakap apa. Serius, saya tak tahu macam mana nak balas semua kebaikan awak.

Entah lah, atau saya memang tak pandai nak hargai kebaikan orang ke? Mungkin saat ni, saya memang belum bersedia lagi. In shaa Allah, kalau awak jodoh saya saya akan sentiasa bersama awak. Awak percaya pada jodoh kan? Awak, tolong anggap saya hanya sebagai sahabat jangan lebih dari itu boleh? Ya? Saya dah berkali-kali cakap, serius saya masih belum dapat menerima lagi. Bukannya, awak tak sempurna. Tak! Bukan kesempurnaan yang saya cari. Di dunia ini, tiada manusia pun yang hidup sempurna. Serius, saya belum bersedia. Yup, hal yang lalu saya cuba untuk lupakan. Terima kasih, sebab awak selalu ada dengan saya. Baik buruk keadaan, awak selalu ada untuk saya. Kita kan sahabat baik. Hal yang terpenting, kita kena fokus dengan study dulu okay? Awak juga cakap, kita kena dapatkan segulung ijazah then kalau boleh lebih dari itu. In shaa allah.. Tapi, untung laa awak akan graduate awal dari saya :’( Huhu. Apa-apa pun saya akan selalu ingat persahabatan ni :)
Thank you so much for all this song, Ok? Sweet Sangat :3 
  • Tetang Kamu - Bunga Citra Lestari
  • Kamu saja - Ainan Tasneem 
  • Pesan Cinta - Afgan
  • 150 Juta - Ainan Tasneem
  • Untuk Kamu - Hafiz AF7
  • Rasa Ini - Vierra
Saya nak awak ingat ni, dalam masa awak jaga keadaan saya tolong jaga juga kesihatan awak tu. Saya tak nak awak paksa diri. Saya taknak sahabat baik saya sakit or apa-apa ka? Awak janji ya? Saya tahu awak akan baca blog saya ni. Sebab awak memang selalu stalk semua website laman sosial saya. Siap hack facebook saya lagi, kan? Jangan nak tipu. Orang tahu la! Saya nak larang awak tengok pun susah, haha sebab itu hak awak. Lagi satu awak kan budak noty, susah sangat nak dilarang heee budak degil :’) Apa-apa pun take care haa. Semoga sepanjang perjalanan di lindungi-Nya. Dan dan Selamat mengundi -,- *tu laa lain kali jadi laa muda macam saya (tak cukup umur nak mengundi haha) * Jumpa kat Unimas ;)