1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



25 December 2013
Soalnya Hati @4:48 am | 0 individual(s)

Kadang kadang aku keliru dengan perasaan ku. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Apa perasaan aku yang salah? Apa aku yang terlalu berperasaan? Apa aku yang terlalu bermimpi? Atau aku yang terlalu berangan-angan? Entah, aku binggung dengan hati ini. Aku benggang dengan perasaan aku sendiri. Kadang aku sendiri menyampah dengan perasaan aku. Aku rasa yang diri aku ni bodoh. Aku rasa diri aku ni tak layak untuk di sayangi oleh mana mana lelaki. Bukan aku yang memilih. Aku sedar diri aku bukan sempurna untuk disayangi. Ya Allah, dugaan hati apa yang engkau cuba sampaikan kepada ku? Apa aku perlu terus menghadapinya? Ya Tuhan, sesungguhnya aku lemah dengan cobaan mu yang satu ini. Soal hati? Serius aku sangat lemah.



Sampai bila aku harus menahan dengan rasa cemburu ini? Sampai bila aku harus berkorban dengan semua ini? Sampai bila aku harus aku ikhlaskan semua? Sampai bila aku harus kelihatan tabah dan sabar dengan semua dugaan hati ini? Ya Allah, aku tidak sanggup berdrama lagi. Aku juga ‘give up’ dengan semua ini. Cukup, cukup lebih setahun aku bertahan hati. Cukup, cukup setahun lebih aku berkorban hati. Aku dah penat berdrama bersandiwara. Aku tak sanggup lagi ya tuhan :’( 

Aku tahu aku yang salah. Aku tahu aku yang bodoh melepaskan lelaki sebaik dia pergi dengan begitu saja. Aku tahu aku yang ego. Aku tahu kerana keegoaan ku, aku hilang semuanya. Aku tahu aku tak pandai menghargai ‘apa itu erti cinta’. Tapi itu semua sudah setahun lebih berlalu. Andai masa boleh berputar kembali. Akan ku jaga setiap keegoaan ku itu. Dan andai saja keadaan kembali ke bentuk asal. Akan ku jaga setiap perhubungan itu dengan sebaik-baiknya. Akan ku hargai setiap apa yang pernah dia lakukan kepada ku. Malangnya, semua hanya kenangan. Semuanya hanya tinggal pengajaran buatku.
Kenapa dia begitu istimewa buatku? Kenapa aku menganggapnya lain daripada lelaki yang lain? Kenapa hati ini berkata dialah yang sempurna untuk diriku?
Sejujurnya irna masih sayang dengan fuad. Irna masih menganggap fuad adalah ‘boyfriend’ di hati irna. Cukup lebih setahun irna tipu dengan perasaan irna. Cukup lebih setahun irna bertahan hati. Irna tahu irna tak layak untuk fuad. Irna dah cuba untuk menganggap fuad sebagai sahabat irna. Ternyata irna tak boleh. Sampai bila irna harus menipu dengan perasaan irna? Sampai bila irna harus bertahan? Irna cuba untuk lupakan fuad. Irna cuba benci dan simpan dendam untuk fuad. Irna cuba untuk redha. Irna cuba untuk selalu bertahan. Kadang irna berdoa agar ingatan irna hilang bersama fuad. Tapi? Semakin perkara itu irna lakukan, irna rasa fuad semakin dekat dengan irna. Irna rasa fuad adalah orang terbaik untuk irna. Irna rasa fuad adalah imam untuk irna. Seolah-olah irna merasa fuad adalah jodoh irna. Pelik? Ya, irna pelik dengan perasaan irna. Apa itu hanya angan-angan? Atau irna yang terlalu bermimpi jauh? Even kita tak pernah langsung berjumpa, tapi irna rasa fuad lah yang paling dekat bersama irna. Saat irna sakit, terjauh, gembira, suka duka irna rasa fuad ada disamping pimpin tangan irna. Hmm, entah, entah kenapa irna rasa fuad selalu ada untuk irna. Nak tahu tak, hari tu irna demam roommate irna cakap irna mengigau memanggil nama fuad. Irna langsung tak sedar. Irna nangis. Fuad, irna benci dengan perasaan ini. Irna tahu irna tak layak menyimpan perasaan sebegini lagi. Serius irna tak kuat melaluinya. 

Fuad. Kadang irna cemburu, irna cemburu tengok fuad bahagia dengan dia. Kadang irna berkhayal, andai saja dulu irna tak lepaskan fuad, mesti kita bahagia sekarang kan? Tapi irna fikir positif. Irna nak tengok orang yang irna sayang bahagia. Tapi bila melihat kebahagian itu hati irna berkecai. Hati irna menderita. Hati irna sedih. Entah kenapa hati irna seakan akan tak boleh menerimanya. Fuad, irna nak fuad tahu yang fuad selalu ada di hati irna. Irna sedih, irna binggung kenapa hati irna tak bisa menerima kehadiran orang baru dalam hati irna? Jarsah, zaqwan, zulhilmi, fizi dan irkaain semuanya hati ini menganggap mereka hanya orang yang biasa. Irna binggung, serius binggung. Sampai bila perasaan irna akan tersimpan rapi untuk fuad? Sampai bila irna tidak dapat menerima orang baru dapat hidup irna? Apa irna perlu tunggu fuad? Apa irna perlu setia menunggu perasaan irna terhadap fuad? Fuad dah bahagia dengan dia. Irna taknak musnahkan kebahagian fuad bersama orang pilihan fuad. Irna nak tengok fuad bahagia. Irna senang sebab fuad sudi berkongsi masalah dengan irna. Irna harap fuad jaga dia. Jaga dengan sebaik mungkin. Irna tahu fuad semakin sayang dengan dia. Dan pasti dia juga menyayangi fuad. *Ihope. Irna tahu, Allah itu ada. Irna tahu jodoh itu rahsia Allah. Irna tahu pasti ada hikmah dibalik semuanya. Fuad, that’s why irna menganggap fuad istimewa buat irna. Biarlah perasaan dan keistimewaan fuad menjadi rahsia antara irna denganNya. Irna akan selalu tunggu fuad. Harap suatu hari kita berjumpa jugak dan insyaallah hati ini tak akan jemu menunggu mu.
Andai awak jodoh saya di luh mahfuz, subhallaah saya bersyukur kerana orang yang saya tunggu benar-benar awak dan penatian itu tidak sia-sia. Tapi andai awak bukan yang tertulis disana, insyaallah dialah sebaik-baik perancang segalanya. Doaku untuk kebahagianmu selalu ada. Selalu ingat itu.
Ikhlas,
*Soal Hati Irna Ahmad