1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



09 January 2014
Hampah @9:01 pm | 0 individual(s)


Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Serius bengang. Tak tahu nak cakap apa. Kecewa, sedih hmm nangis lagi laa takpayah cakap. Memang menangis tahap dewa terakhir sudah ni. Kenapa? Tahu tak last paper aku “marketing in arts” kena postpone ke hari ahad ni.  Actually aku nangis sebab esok aku sepatutnya balek. Balek sabah! 10hb januari flight aku. Tapi, hmm tiket tu burn! Hangus begitu saja. Free free duit melayang. Kalau setakat sepuluh, dua puluh ringgit tak pa. Ni beratus-ratus pergi macam tu jak. Susah kot mak ayah, abang kakak cari duit tiba tiba duit tu melayang sebegitu saja. 

Sebab exam postpone? Sebab clash dengan tiga fakulti. Fsgk, Fskpm dan entah apa fakulti satu tu lagi. Tak ingat. Lagi satu value takda penuh. Oh mayy mayy, unimas ni besar kott. Tak kan takda tempat lain. Serius yang handle masalah ni memang takda tanggungjawab keatas kebajikan pelajar. Diorang main lepas tangan macam tu je. Dah la ganti rugi tiket flight takda. Ada pulak pihak berkenaan cakap salah pelajar sebab terlalu beli tiket awal. Habis, final draft exam da keluar kan. So dibeli lah. Takan nak di tunggu-tunggu lagi. Lagi pun tiket bukannya murah kalau dibeli lambat. Makin lewat dibeli makin laa tiket tu mahal tahap pokaii. Kesian member lain yang terpaksa balek before exam tu sebab masalah kewangan. Sah sah laa diorang akan “fail” subjek tu kan. 50% kot final exam. Kalau nak harapkan markah midterm dan assignment tu memang tak laa kan? 
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan dan kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
Sebelum nak call mak ayah, abang kakak. Memang niat tak nak nangis nak bajet tak sedih. Apakan daya aku seorang yang “cengeng” jadi ter-nangis laa. Memang nangis yang terlalu sedih ohh. Nangis bukan sebab apa, serius kecewa. Sebab bukan salah kita. Salah pihak berkenaan. Memang tak boleh tahan nangis sebab, pihak berkenaan bagitahu last last minit kott. Weyh, siapa laa yang tak huru hara kalau macam tu kan? Esoknya aku nak balek sabah baru keluar notis yang subjek “marketing in arts” kena “postpone” ke hari ahad. Konfemnya laa kan sedih. Sudah semangat packing barang tiba tiba dapat berita buruk. Memang parah. Semester ni serius terlalu teruk bagiku. Subjek semua membunuh, carry marks pun macam ni -.-

Mak cakap, takpa la nak ada hikmah semua tu. Jawab jak exam tu, pasal tiket flight tu takpayah pikir. Duit boleh dicari tapi kejayaan susah nak dapat. Mak cakap lagi, jangan ikut kawan. Biarlah diorang balek. Apalah sangat nak cepat-cepat balek berbanding dengan kejayaan mu kan.  Ni untuk masa depan mu. Jawab exam tu, mudahan dari apa yang berlaku erna dapat sesuatu yang membanggakan diri erna dan keluarga.*makin nangis bila dengar mak cakap macam tu, sayang rindu mak :’( Selang beberapa jam abang pulak call. Abang cakap takpayah nangis laa, jawab exam tu. Takpayah jadi cengeng, kan da besar (hee abang aku ni, sempat lagi peril tu -.-) lagipun alaa tiket tu bila bila boleh beli. Exam tu penting. Nak Berjaya kan? Jadi jawab exam tu dengan baik ya adik ku. *terharu dengan abang sebab bagi kata-kata semangat, sayang abang! After that, adik call. Haa tu laa kakak pergi lagi study jauh jauh kan susah nak balek ( hmm adek aku, macam mau minta penampar laju-laju ba =,=) Tengok adek study dekat jak always dalam sabah, naik bas pun boleh 12jam jak tapi sakit jugak laa badan duduk lama-lama dalam bas tu *adek buat kakak tersenyum walaupun buat spoil orang kan haih ~. Kemudian abah call, abah risau sebab takut irna takda kawan duk sini sebab balek lewat. Abah cakap, jawab exam tu. Takpayah nangis, nanti si abang belikan tiket flight yang baru. Lagipun exam 12hb kan. 4hari lagi kan. Jawab exam tu ya nak. Ada hikmah semuanya tu. *sekali lagi aku nangis dengar abah cakap macam tu. Terimakasih abah sebab bagi kata semangat. Ya irna janji irna akan belajar rajin rajin. Sayang rindu abah!

Sekarang dalam proses tengok harga flight. Serius memang sangat mahal, dalam RM350++ untuk penerbangan (Kch-Kk : Kk-Twu) Apa boleh buat la. Kena dibeli jugak. Walaupun hampah dengan keadaan ni dengan tiket free free hangus RM250++ di tambah lagi kena balek lewat. Serius kecewa besar. RM600++ duit melayang. Even, 1sen pun susah nak dicari apatah lagi ni yang beratus-ratus. Tapi demi masa depan aku dan keluarga ku, aku kena lalui dengar tabah dan ikhlaskan semua apa yang terjadi. Aku tahu ini takdir hidup sebagai seorang pelajar universiti yang merantau jauh belajar untuk mencapai kejayaan. Ya, mak ayah ya abang irna janji akan belajar rajin rajin untuk capai kejayaan yang irna impikan. InsyaAllah, semoga kejadian ni aku memperoleh hikmah yang baik untuk diriku. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Irna Ahmad