1 Silent Reader [s]
Home Twitter Facebook Instagram YouTube Follow
GadisBOO
entries profile tagboard links



01 June 2014
It hurts but must be strong :) @9:59 pm | 0 individual(s)



Itu laa mesej yang paling sadiss aku pernah dapat dari kau. Fuh, serius wei terkejut aku. “Tolong laa jgn kacau aku!!” , “Aku semak laaa mcm nie”. Ahh, akhirnya kau cakap jugak kan. Kenapa lah tidak dari dulu kau cakap kan lagi bagus. Tak laa aku macam orang bodoh. Ke kau nak jaga hati aku. Hmm takpayah. Lagi aku sakit bila kau berpura-pura then tipu aku. Nvmd, kali ni aku betul betul dah percaya yang kau memang takda hati dengan aku. Well, if you really don’t have noticed w/ me, I just want you please respect me. Jangan buat aku macam sampah. Aku bukan macam ex-ex kau yang lain. Senang kau maki hamun. Kalau dulu, ya memang kau boleh. Sebab aku terlalu “ter-obses” dengan kata-kata manis cinta monyit yang tak guna tu. Sekarang? I think cannot anymore. 

Actually, aku saja jak whatsapp minta alamat kau haritu. Aku nak tengok samaada kau masih ingat dan layan aku dengan elok atau tidak. Ternyata aku silap besar beb. Tersangat silap. Aku tanya kau dengan elok  baik je time tu kan? Even aku guna perkataan “kau” / “aku”. Tak bermakna aku kurang ajar dengan kau. Ya, memang aku tak suka dan paling benci guna perkataan tu dengan orang yang aku sayang. Tapi dengan cara itu aku rasa aku boleh terima kau sebagai “kawan” yang kau nak sangat hal itu terjadi. Sebagai kawan? Kau ingat senang ka hal itu terjadi? Mungkin lelaki macam kau je boleh buat. Sebab apa? Sebab kau mana ada perasan. Kan? Balek kepada cerita tadi, apa yang aku dapat dari perbualan whatsapp tu? Setelah berbulan bulan tak contact. Itu yang dapat? Pergh! Sakit wei. Disebabkan aku hormat kau, aku selalu akan “minta maaf” dengan kau even kau dah marah, maki hamun aku. Sebab tu sikap aku. Bukan nak riak, tapi itu lah aku yang selalu meminta maaf even bukan salah aku.

Yes, aku minta maaf sebab aku yang mula dulu. Tetiba marah kau kan. Sebab apa aku marah? Alahai aku tengok "last seen" kau laa. Kau dah baca kot whatsapp tu tapi kau senyap jak. Mungkin kalau aku tak kasar macam tu bukan kau nak balas pun kan. Haih, aku tahu la. Ke memang kau nak aku benci kau ni? Then bila dah aku berkasar macam tu baru kau nak balas then cakap ada "test" konon nya tengah tengah malam -,- #KenaTipuLagiAkuJoo
Tak pa. Aku berfikiran positif. Mungkin kau “busy” mungkin juga kau stress sebab banyak tugasan yang kena disiapkan then kena hantar – Macam kau je yang busy kan. Ye, kau kan duk universiti. Abang abang "hot" laa katakan -.- Busy memanjang jer tiada masa sudah untuk orang yang kau dah nak lupakan. Eh, aku silap eh. Kau kan tengah “falling in love” w/ someone. Mana laa aku tau yang kau tengah di alam berbunga di alam percintaan -.- Okay, kau jangan risau. Aku takan pernah dan takan ganggu life kau dah. Nak sangat kan? Lagipun kau bukan siapa siapa aku pun. Bukan harapan nak di kejar kejar pun. Cukup 4 tahun aku jadi perempuan bodoh duk fikirkan kau pertahankan hubungan ni -.-
So, don't worry I promised myself that I will never disturb your life anymore. I swear (by my heart and my stupidity for four years)! 
Whatever laa. Kau, kau. Aku always me. Kau nak sangat kan aku berubah? Lupakan kau? Senang jer kau cakap kan. Okay, aku akan buktikan dengan kau yang aku tak perlukan kau lagi. Bukan nak ugut. Aku cuma nak kau tengok tahap keberubahan  kebencian yang kau bangkitkan kepadaku sekaligus akan ku lakukan untuk kau. Yes, aku memang bodoh. Tersangat la bodoh sebab selama empat tahun buang masa, buang airmata masih berharap dengan kau. Sedangkan kau disana berusaha cari yang lain. Takpa itu dulu. Insyaallah sekarang tidak lagi. 

Aku akan buktikan. Ya, aku akan buktikan. Aku nak kau tengok perubahan diriku. Jahat ka aku, menyampah ka aku, menyesal ka kau kenal aku aku buat semua untuk kau. Itu yang kau nak sangat dari dulu kan. Lemah ku disebabkan janji janji palsu kau yang dulu. Berani kuatnya aku sebab kebencian yang yang kau bangkitkan pada aku. Aku janji itu yang akan aku buat. Tapi bukan sebab aku nak berdendam dengan kau okay. Mohon sentiasa fikir positif. Sebab aku bukan jenis yang pendendam. Allah marah macam tu :) Itu janji aku boleh berubah supaya tidak lemah dengan janji janji palsu lelaki macam kau. Supaya aku tak lemah dengan kata-kata palsu lelaki macam kau atau yang lain. #maybe
I remind you, don’t be hypocrite. Be yourself. Jangan pandai berkata-kata manis. Lakukan apa setiap yang kau katakan. Tulis dan bercakap memang mudah. Aku cabar kau, setiap yang kau cakap kau buat dan kau lakukan. Jangan mudah bagi harapan palsu dengan orang. Ingat tu.  #Also this to me.
Irna Ahmad (Devilgirl)
Sigh